Wednesday 27 August 2008

cambridge dan keletah mereka...

weekend yg lepas aku sekeluarga menghabiskan cuti di Cambridge..kali ni kami bercamping lg..camping terakhir utk musim ini memandangkan musim panas da sampi ke penghujung dan lg pun mggu dpn da nk mula puasa..tak sesuai la plak bercamping tgh2 bulan ramadhan..dan spt yg dirancang aku ke sana bersama family kak Yati/abg Nazri dan Kak Izan/Iko..target utama ke Cambridge adalah utk merasa ber 'punting' ..menaiki sejenis bot yg dikayuh dgn batang panjang mengelilingi bandar Cambridge yg merentasi kolej2 Cambridge University dan terdpt beberapa buah jambatan yg menghubungkan antara kolej2....
memang menyeronokkan..antara cita2 aku yg tercapai setakat ni..hehehe..ade byk lg yg tak dpt aku nk disenaraikan..terlalu byk..(biasala nafsu manusia)..termasuk la abiskan phd ni yg mmg sgt2 men 'damage' kan kepala aku..
huh..arini rutin harian bermula lg..sggh penat rsnya utk menghadapi hari2 mendtg..terasa beban bila memikirkan kerja2 aku di sini..dgn ank2 yg semakin membesar dan sll meminta utk dilayan dan diberi perhatian..terutamanya si abang..akal nya da banyak..cakapnya da mcm org dewasa..dan skrg da pandai pula membantah...kadang naik darah jg aku dgn dia..aku terfikir dr mana dia belajar sume tu..ank2 sume dlm jagaan aku dan suami..mereka membesar di dpn mata kami..masa mereka 100% bersama kami (yg abg skrg bercuti 2bulan lbh)..klu scr logiknya mmg tak de pendedahan negatif dr luar..sumenyer dr kami..mama papa nye..ada ke aku tunjukkan cth tak elok pd mereka..tp apa yg aku atau suami marah kan dia itu la yg akan dia sebut balik bila dia marah..cth nya...smlm masa dlm kereta on the way blik dr cambridge..mulanye dia nk memasang tali keledar sendiri (skrg sume nye dia nk wat sndr)..tp asik tersangkut...sbb brg camping penuh di blkg..ruang utk dia pasang talikeledar sndr agak sepit..tp masih mau buat sndr..kereta da bergerak tp dia masih blm selesai pasang tali nya..aku pun sekejap2 tya da blh ke belum...dlm dekat 10 kali aku tya dia marah..tak bg aku tya lg..agaknya berang dgn tali yg tak berjaya di pasang dan suara mama yg asik bertya..papa pun mula masuk campur bila dia da meninggikan suara pd mamanya...bertambah marah la dia..dia blh ckp pd papa..papa pg sana..haziq tak nak tgk muka papa...waduh..waduh...anak..sebiji yg mcm pernah aku dengar ayat2 tu..mcmana kita pernah ckp pada dia...mcmtu la ayat tu diulang balik..mmg aku dan suami kadang2 marah smpai terlupa batas2 marah pd anak yg berusia br 3tahun setengah..susah nk fikir klu tengah marah...kesian anak2 aku..aku sll mengharap kan yg terbaik pd mereka (of course sume parents mengharap kan benda yg sama pd ank2)..tp dgn ilmu yg kurang dan kadang2 iman merudum..mcm2 blh jd..ank2 yg sll jd mangsa..ya Allah..jauh kan la sejauh2nya bisikan syaitan laknat di telinga ku..sabarkan la aku dlm membesar kan ank2 aku...
arini..hadif mendpt suntikan utk 12 bulan..walaupun dia sbnrnya da 13 bln skrg..terlewat 1 bulan..

Saturday 16 August 2008

terkenang semasa dl

terjumpa satu forwarded email ni... dpt email ni da lama...ade masa mcmni br berkesempatan baca...terasa best plak klu aku simpan dlm diari online aku ni..benda2 yg kita sll dpt tgk zaman2 aku kecik2 dl..dlm area 80 an..so sape2 yg baye2 aku mesti igt benda2 ni sume..antara nya:
1) eskrem batang - dl2 balik sklh ade pakcik naik motor park dpn pagar sklh..mesti beli punya...10sen je satu batang..
2) biskut yg ade ising kt atas..sume kedai runcit mesti ada biskut ni..aku suka part atas yg kaler2 tu..yg biskut tu mak le kena abiskn..
3) klu igt lg dl2 ade jual bubble gum yg bungkusannyer kite leh lekat kt atas kertas...aku gile wat koleksi gmbr2 dr bubble gum nye pembalut ni..abis sume kotak pensel penuh..
4) suka yg ni n still igt smpi skrg tagline iklan kt tv..."TORA dtg lg"...dlm tu ade mainan kecik2 yg sll ditukar2..
5) yg ni jenis mainan kecik2 yg klu kita tarik batang tu benda tu leh gerak..6) aku sure ni aku tak kan lupa smpi bila2...game lipat2 kertas pastu teka gmbr apa kt dlm..7) sbb ramai sepupu2 aku yg lelaki so aku pun jd tersuka la main pistol ni...bunyi nyer leh tahan kuat...klu berani main le masa ayah tdo..sure kena pelangkung..
8) ni klu tak kenal aku tak tau la..org melayu pnggl guli...org putih pggl marble..skrg ni aku tak nmpk pun budak2 kecik main guli lg..aku rs org da jdkn guli ni hiasan le..byk nmpk dlm akuarium...tp spesis lain sket dr yg ni..
9) yoyo...1st time dpt yoyo tak tdo mlm aku..
10) ni mainan aku masa aku di peringkat remaja gitu..kenal dr mak sedara aku game ni..sbb ank2 dia dok gila main game ni masa aku gi umh dia..kiranya sapa yg ade player ni dl leh dikategorikan kaya le..sbb aku tak de..hehehe...
stkt ni dl review imbasan zaman kanak2 aku..ade peluang dan kesempatan aku try masukkn lg benda2 yg leh kita jmpa dlm era 80an..

Friday 15 August 2008

chayok..chayok..

lately ni aku rs sll penat..cpt mengantuk..rs mcm kurang oksigen...nafas pun sangkut2...nk kata byk buat keje rs mcm biasa jer..tua da ke aku ni..umur lom 30 lg..tp badan ni rasa mcm da umur 50 tahun...gaya hidup kt sini kot yg buat aku rs mcmni..tak bersenam..pg balik skul berjemput..jln pun blh kire berapa langkah je satu hari..mkn melampau2..aku terasa sgt yg aku mmg kuat mkn skrg ni..selera je...ape yg en zul masak sumenyer sedap pd aku.plus cuaca panas pun tak sepanas cuaca kt tanahair sndr..asik sejuk je..aku tak igt bila kali terakhir aku berpeluh..da la aku ni mmg jenis susah nk kuar peluh..abis sume lemak2 degil bertenggek kt badan aku ni..aduiii...mcmne nie..aku tak kisah sgt pasal tak muat baju ke ape ke..yg risau sakit2 je..klu muda2 da sakit mcm2 susah gak nnt..tp ape pun sume tu dr Allah..kun fa ya kun..mudahan aku dikurniakan kesihatan yg baik..senang jaga suami anak2...leh study elok2 (iye ke study elok??? ermmm...)

Tuesday 12 August 2008

doa utk sahabat

petikan email yg diterima dr Izzi jam 12 mlm 10August 2008 di NMC group:
Assalamualaikum Wr. Wb,
Untuk pengetahuan warga NMC, Pn. Noralifah, isteri kepada Wan Faizal (Weng) sekarang berada di city hospital kerana sakit leukimia. Oleh kerana beliau harus menjalani rawatan kemoterapi, atas dasar keselamatan ibu dan bayi, maka kandungan beliau terpaksa ditamatkan. Dan beliau akan menjalani rawatan kemoterapi ini lebih kurang selama sebulan.
Saya mewakili keluarga beliau mohon agar warga NMC dapat mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan Pn. Noralifah. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menerima ujian-Nya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dan adalah disarankan agar warga NMC memberi ruang kepada keluarga ini buat sementara sebagai waktu bertenang, terutamnya kepada saudara Wan Faizal. Oleh kerana keadaan masih belum mengizinkan, buat masa ini Pn. Noralifah belum bersedia untuk menerima kunjungan. Insya-Allah saya akan memaklumkan perkembangan beliau dari semasa ke semasa.
"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan."(Al-Mukmin: 60).
"(yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku, dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat."(QS. Asy Syuaraa, 6: 78-82).


email susulan dr Kak Yasmin tghari 11/08/2008:
Salam para sahabat sekalian,Teruskanlah berdoa, solat hajat dari jauh. Nora masih memerlukan ruang untuk menerima hakikat yang perlu dihadapi. Nora kuat, semakin tabah menghadapi ujian ini. Kandungan Nora yang berusia dalam lebih kurang 3 bulan telah pun digugurkan atas nasihat doktor. Nora masih bersedih namun semakin kuat menerima hakikat bayi telah tiada. Sehingga pagi tadi beliau masih belum memulakan rawatan kemoterapi; beliau masih menunggu untuk di'scanning' selepas melalui rawatan pengguguran, antara lain juga Nora berhajat untuk menngeluarkan IUD yang masih ada di dalam rahimnya.Nora sendiri belum pasti bagaimana cara rawatan kemoterapi yang akan dihadapi, namun Doktor telah pon masukkan melalui IV dua perkara; 'something' untuk bunuh sel darah putih yang berlebihan dan juga untuk tambah sel darah merahnya bermula semalam. Nora juga telah mula makan ubat pil - tidak pasti untuk apa. (maaflah mungkin ada antara sahabat yang mahir istilah medical boleh terangkan dengan lebih baik)Tujuan Min bercerita di dalam ruangan Helwa ini adalah untuk sama-sama berkongsi perkembangan Nora. Bila kita mendapat khabar berita semalam pasti kita tertanya-tanya dan kalau boleh ingin benar melawat untuk mendengar/melihat sendiri Nora. Oleh itu, sekurang-kurangnya dengan cerita yang tak seberapa dari Min ini dapatlah kita berkongsi kesusahan Nora dari jauh dan sama-sama menghulurkan doa. Kita perlu menghormati kehendak Nora yang perlukan ruang untuk digest apa yang telah berlaku. Beliau baru mengetahui tentang leukemia ini pagi Jumaat lepas(8 Aug) selepas midwife mengambil ujian darah pada hari Khamis (7 Aug). Ujian darah dari bone marrow telah dilakukan sekali lagi pada hari Jumaat berkenaan dan bermulalah episod baru dalam diari hidup Nora. Pesan Nora, maafkan lah salah dan silap dia, doakan lah dia dari jauh, dan tok sah berasa susah hati tak dapat jengok dia di hospital, Nora kata dia malu nak berjumpa para sahabat dalam keadaan diri dia sekarang.OK, untuk tolong kawan yang dalam kesusahan, kita juga kena kuat! sentiasa doakan dari jauh. mudah2an sel-sel darah Nora dapat menerima rawatan ini dengan baik dan rawatan selama sebulan nanti akan membuahkan hasil yang positif! Bak kata Izan semasa Daniyal di hospital "teruskan berdoa!"

Ya Allah sungguh besar ujian yg diterima kak Nora dan keluarga.. Tak tergambar bagaimana perasaan aku ketika mendpt berita ini..ini merupakan rakan kedua yg meneriam nasib yg sama..seorg dl masa aku menuntut di matriks PTPL...tp Allah lebih menyayangi arwan sahabat aku tu..kali ni aku benar2 berdoa tanpa putus2 utk kak Nora semoga dia berjaya melawan kanser ini dan semoga Allah memudahkan segala urusan rawatan utk kak Nora...scr peribadi aku agak rapat dgn kak Nora...pd aku dia seorg yg sgt merendah diri..semasa beliau menceritakan betapa teruk kandungan nya kali ini berbanding yg lepas2...dia sering menyebut kemungkinan loya2..morning sickness yg teruk utk kandungan kali ini disbbkn dia sering memasak...berbanding dhl yg mana dia sering membeli makanan di luar atau menjamu selera di rumah ibunya shj sepjg tempoh kandungan..rupanya bkn itu punca sebenar yg menyebabkan beliau merasakan sering loya2..ada hikmah disebalik kandungan kali ini..hikmah yg sgt besar..Allah memberikan petunjuk bhw beliau mengidap leukemia..walaupun bayi terpaksa digugurkan itu adalah lebih baik dr kak Nora tidak mengadung dan tdk menjlni ujian darah rutin utk ibu2 mengadung..Ya Allah syukur snggh atas suma yg kau aturkan..sumanya yg terbaik utk hamba2 mu ini..aku tak kan putus mendoakan semoga kakNora kembali sembuh dan keluarganya sentiasa tabah..

Monday 11 August 2008

after a long break

lama betul tak menjengah ke blog sendiri..nk menulis apatah lagi..tp terasa ingin mencoretkn sesuatu bila lepas baca satu blog org..ala2 dpt ilham la kononnyer...hehehe...
byk yg berlaku dlm sebulan yg lepas...antaranya yg terbaru Family day NMC yg mana hari tu hari bersejarah buat suamiku..setelah setahun memegang amanah sebagai ketua biro kebajikan dan kerohanian, kini dia boleh menarik nafas lega bila utk sesi 2008/2009 ni tugas tu diserahkan kpd ust Marwan..cerita pjg dan gmbr2 semasa family day boleh dilihat di laman fotopage kami...buat masa ni masih dlm proses editing...hehehe

selain dr tu arini, Ahad aku baru sj lepas menerima kunjungan salah seorg rakan se USIM...kak Waidah yg kini sedang mengharungi detik2 awal pengajian PhD nya di Brunel University menghabiskan cuti mggu nya di rumah ku..dia sampi hari Jumaat tghari tp sbbkn aku masih ada kerja di lab aku hya menjemputnya di city centre jam 4ptg..kesian tetamu aku...pg jumaat sblm ke skul aku dan suami da siapkan juadah utk tetamu..simple je..nasi ayam sbb nk cpt...pg sabtu aku buat nasi lemak dan lepas bw kak waidah pusing2 Robin Hood Castle dan bershopping lace kami memenuhi jemputan Rose/Nizam..mkn2 BBQ...Alhamdulillah tak perlu aku memasak tghari tu...mlm nye pun kami tak mkn sbb kekenyangan..ahad pg td aku bangun seawal jam 6 pg utk masak bekalan ke carboot..aku buat apam balik je..simple tp nk masaknyer lambat..so kena la bangun awal skit..lgpun arini target nk pg 2 carboot..so kena gerak awal dr biasa...agenda ke carboot ni atas permintaan kak Waidah yg dgr cerita ttg carboot di sini besar dgn seronok..

selain tu..perkembangan Hadif setelah menyambut hari lahir yg pertama 16 July lepas...arini dia berjaya menapak 3 langkah..sonok jg la mama papanya..maklumla da 1thn lbh masih merangkak lg..nmpk Hadif pun da makin confidence utk berdiri lama2 tanpa pegang apa2..cuma nk angkat kaki menapak je dia agak takut2...takpe Dif..slow2 ek..lama2 nnt pandai la tu..selain dr tu arini dia asik nangis2 je..puncanya sembelit..kesian sgt tgk dia meneran..tp hasil yg kluar sikit je..aku sapukn minyak di perut dan kaki jap td...tgk2 da terlena atas pangku papa dia..anak papa betul la sorg ni..hemmmmm...

Haziq plak...da masuk bulan ke2 dia bercuti sekolah..kesian dia bosan di rumah..tp kadang2 papanya bw jg ke sure start program di library Hyson Green..takut nnt hilang plak skill dia bergaul dgn org..hehehe...surat tawaran utk masuk sekolah baru da kami terima dan insyaAllah mula sesi baru bln September ni Haziq akn ke nursery baru...dan bila dia genap 4tahun nnt (bulan january 2009) dia akan mulakan kelas reception (R)..kira mcm persediaan sebelum masuk year 1 bila dia berusia 5tahun nnt..utk kelas R ni Haziq akn berada di skul dr jam 9pg ke 3.30 petang..agak lama berbanding skrg yg hya 2jam..insyaAllah harap2 sumanya berjln lancar nnt...

carita pasal pengajian mama plak..setakat ni Alhamdulillah..lab work tengah menjd...harap2 positive research mcm ni berterusan smpi ke tahun akhir nnt...da tak sabar rasa nk balik mesia..