Wednesday 28 January 2009

KFC

dpt article ni dr kelakar group..

Kebenaran
Tanpa Penghujung


Oleh Muhammad Azli Shukri

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.


stresssssss....

arini rs down sgt2..sakit kapala..research makin complicated..boss pun tak dpt nk bg jwpn..asik bg jln tak abis2..wat je apa yg dia suruh..tp makin buat makin jauh rsnya dr jawapan..kluar masalah lain..masalah yg awal pun tak terjwb2..dtg masalah2 baru..smpi da bersimpul2 da..jgn terbengkalai dah la..sllnya klu da jd mcm ni boss mesti soh tggl kn dl pastu wat benda baru..smpi last2nya sume keje terbengkalai separuh jln tanpa ada penyelesaian..risau bila da masuk 3rd yr ni makin byk keje yg tertangguh..dan for sure nnt kena sambung balik utk complete kn thesis..nk wat ape???? wat lg..usaha..usaha..usaha..sabar...sabar..sabar...tawakal..tawakal..tawakal..mudahan Allah mudah kan urusan aku kt sini...


Thursday 22 January 2009

at 2pm..

kul 2 ptg..kt skul ni..tgh rehat mkn tghari..arini bawa bekal koey tiaw goreng udang banyak..alhamdulillah kenyang...masa kt lab td perut memulas2 kelaparan..kul 130 br dpt rehat jap..ni sementara tggu esperiment tgh run boring2 terasa nk menulis plak kt blog ni..takde org baca sgt pun..tp leh jd kenangan utk diri sndr nnt2..

smlm ptg jmpa boss tunjuk result experiment yg br2 ni wat..katanya continue guna yg sama tp sumber light yg lain..cara sama je la..experiment ni sll nya makan masa lama..kadang 2mggu..klu menjd kira berbaloi..proses data pun makan masa mggu2 gak..aku ada masa kurang dr 1thn je lg utk wat lab work..pastu ada masa 6bln utk tulis thesis..tu klu sume ikut plan..harap2 supervisor sll tlng la hendaknya..br2 ni dpt email dr usim pasal borang perlanjutan tempoh pengajian..ikutkn elaun aku akn dpt smpi bln 9 ni je..bln 3 ni patutnya da kena mohon utk sambung lg elaun..sllnya universiti akn bg utk tambah lg 6bln..harap2 aku dpt la tambah elaun..klu tdk..mau bergolok bergadai aku nnt bila da nk hujung2...

cite pasal lain la plak..nk ckp pasal hadif la..skrg ni da byk dia leh sebut..umur da masuk 1thn 6bln..klu nk soh buka baju ke kot dia ke dia akn ckp kak..kak..klu dia nk nenen aku dia minta sebut trus benda tu t*t*k..hehehehe..klu sakit kena apa2..abg dia buat ka..jatuh ka..tercepit ka..dia akn ckp ket..arahan pun da byk yg dia faham..da leh suruh tutup pintu..klu soh pakai kot nk kuar dia akan di kt tpt gantung kot dia..tp tak leh nk amik sbb tggi..da leh suruh amik pampers klu time nk kena salin..byk gak la yg da leh disuruh skrg..gigi pun da byk tumbuh skrg..geraham pun da ada..sume skli dia da ada 20 batang gigi..da tu mkn pun byk..susu formula 450g tu leh tahan 4-5hari je..tu pun seb baik mlm aku bg yg natural aku nye..ni smlm asik nangis2 je..sbb berak keras..menggigil2 dia meneran..time sakit2 tu sedih aku tgk kn..tmbh lg dok sebut mama..mama..terharu tul tgk kn..

ok..nk kena gi lab balik ni..da ckp masa..taaaa...

Monday 19 January 2009

besday celebration

haziq dan hadif..hadif yg beriya2 skli nk tiup lilin tu..

smlm aku sekeluarga wat mkn2 sempena meraikan hari jadi haziq..sj lewatkan sbb nk tggu weekend br ade org nk dtg...klu idak..mkn sensorg le gayaknyer...sambutan kali ni agak beriya skit dr yg lepas..mau tidak nya..dr sabtu mlm tu aku da pulun masak sensorg kt dapur..mlm tu aku wat pajeri nenas dgn kari ayam..rendam pulut dgn kunyit..utk wat pulut kuning..1st time dlm hidup wat pulut kuning..kurang menjd sbb pulut kt sini cpt masuk air..bila kukus sekejap je da lembek..so moral nya lain kali tak yah rendam lelama..sejam pun org2 sini kata da ckp..tu klu guna beras pulut sini le..klu mesia nyer org kata mmg kena rendam lama..ntah apa beza nya antara beras pulut sini dgn beras pulut mesia aku pun tak dpt le nk pasti kan..sblm tdo mlm tu aku siap2 gantung banner..tiup belon bagai...da dkt kul 1 br aku tdo..ooo..lupe..mlm tu aku jamu mak busu, mummy dgn hayat mkn nasi beryani..dlm kul 10 lbh gak kot br anto diorg balik apartment..sblm anto diorg balik gi lab jap off kan experiment aku..

bangun pagi ahad tak de la awal sgt sbb da penat mlm tu..dlm kul 8 br aku start masak balik...1st kukus pulut..then tempe berlada..campur skli kacang dgn ikan bilis..da tu ayam dgn kambing aku serah kan kt zul...sbb dia nk wat yg lain2 tu..aku cuma sedia bahan je..nk sediakan bahan pun makan masa..sbb nye si tukang masak tak decide nk masak ape..last2 nyer kul 10 lbh br start masak..tu pun wat ayam masak kicap dgn sup kambing..susah2 sgt mencari idea kt internet bagai..so pas siap tumis utk masak kicap version jawa..rebus sup pastu tggl kan je atas api..kitorg kuar gi beli kek..time tu da kul 1130..jemputan kul 130..tggl lg dua jam..meja aku da setup awal2..banner plak tertanggal..mana tak nyer..hadif bangun je pagi tu gi tarik2..angin gile aku..mlm bersengkang mata menggantung banner..pgnyer musnah sekelip mata..

antara hidangan utk tetamu..pulut kuning tak interframe la plak..
banner yg separuh mati aku nk menggantungnya..huh..

da siap beli kek gi Curry's ambil balik camera kitorg yg anto utk service..seb baik siap on time..klu tidak bergmbo dgn compact camera je la..da tu aku balik umh siap2 kn ape yg patut lg..zul gi kedai cari makanan budak2..jemputan start smpai kul 130..tak ramai yg aku jemput...7family semuanya..family kak nita/abg zul, family kak farizah/abg fadhil, family wan rukaida/zulwaqar, family rose/nizam, family kak sue/abg taufik, family kak zalinah/abg romzi n family nizam/mazlina..nizam/mazlina tetamu terakhir sbb diorg ada hal lain sblm tu..busu, mummy dgn hayat pun ada gak..terima kasih pd sume yg dtg memeriahkn majlis n hadiah2 yg best2 yg menyebabkan haziq tdo lewat mlm tu dok mengisah kan hadiah2..

antara tetamu yg hadir..ada yg da balik time ni..

arini..isnin..haziq da start masuk full skul..sllnyer dia gi skul start 1230 smpi 330..tp arini sbb dia da genap 4tahun dia da leh start dr pg kul 9 smpi 330..yg lecehnyer tghari zul kena gi amik utk lunch di rumah sbb kami pilih utk bw blik lunch time..blh je klu nk lunch kt skul tp nk kira 2pound lbh sehari mcm tak baloije dgn apa yg haziq mkn...errmm...tp tak tau la pasni klu zul nk tukar plak ke..nk biar dia lunch kt skul je ke..aku tak kisah pun sbnrnyer..klu dia nk lunch kt skul sbb da bgtau kt pengurusan yg haziq ni makan yg halal..skul sini pun ada cikgu muslim yg control..so ikutkn ok je..klu bw balik mkn kt umh pun utk 45 min je..pastu da kena anto blik..tp yg senangnya.,.zul kt umh hya nk kena layan hadif jek la..sian hadif...takde kwn gaduh time siang..hihihi..

Saturday 17 January 2009

haziq..ampat tahun laaa...

birthday boy..amirul haziq

14 Jan (Rabu) yg lepas genap putera sulung zulfarah berusia 4 tahun..cpt rs nya masa tu berjln..tup2 da besar da ank sulong kami..da pandai byk benda..ckp nya yg tak pernah pelat sejak pandai berckp..skrg ni da byk berckp dlm english berbanding melayu..betul la pepatah org tua2 mekentur buluh biar dr rebung nya..sekecil ini pegi sklh yg hya 3jam sehari selama 1tahun da byk perubahan yg aku sedar..vocab yg makin bertambah saban hari..da pandai susun ayat yg betul..kadang2 tu lintang pukang jg..melayu pun lintang pukang sbnrnya...yg patut di depan jd di belakang..lawak pun ada kadang2..tp pakar2 ckp klu nk didik anak jgn diketawakan klu si kecil tersalah..betul kn je..aku ni jenis yg kurang disiplin..kadang2 tu aku gelakkn jg..kesian ank aku dpt mama yg kurang suku..hihihi..

mggu sblm 14hb tu haziq asik bertya bila besday dia..dr next month ke next week..da smpi next week dok kira dgn jari plak lg brp hari..sepjg 2-3 mggu asik itu je la yg dia tya kn...sbnrnya aku tak plan utk wat sambutan apa2 pun sbb mggu bekerja..so ari selasa zul tya kn pd cikgu kelasnya apa yg blh dibw sempena besday haziq esoknya..cikgunya tanak makanan yg dimasak dirumah...klu di beli mesti yg healthy food..susah jg nk fikir apa yg patut di beli..lastnya kami ke asda beli grapes hijau 2bekas dan buah zaitun kering 2 bekas jg..harap2 budak2 mkn le buah zaitun tu..aku beli kn jg tag birthday boy utk dia pakai masa di sklh nnt...suka la dia..tu je la yg dibelek..

aku ke school mcm biasa 14jan tu,..tp dlm kul 2lebih da blik sbb nk carikn hadiah utk haziq di toyrus sblm dia kluar sekolah kul 330....belikn dia set mainan ninja turtle dgn superman..sbb xde kek so terpaksa la beli 2hadiah..ganti kn kek..

besday boy dgn hadiah2 yg meng excited kn dia..

plan nk wat mkn2 ari ahad ni..insyaAllah..wat simple2 je..kebetulan busu, mummy ita n hayat ada kt sini..hayat akn study di nottingham trent university..diorg smpi 15hb mlmnyer..tdo diumh aku utk 1mlm dan smpi 20hb diorg menyewa apartment..tu yg aku pun tak pasti lg nk wat mkn2 or x esok ni...takut diorg ada plan...errmmm...harap2 menjd la..

dgn salah sorg assisstant cikgu yg seksi lg pemalu...kuikuikui..

haziq dgn kwn2 kt sklh...




Saturday 10 January 2009

IRMG - University of Oxford

ari ahad yg lepas aku ke Oxford utk menghadiri seminar "Inorganic Reaction Mechanisms Group" yg ke 39..kali kedua aku mengikuti seminar ni..kali pertama tahun 2007 di York..masa tu aku br beberapa bulan mendaftar sbg PhD student di sini..dan masa tu aku bw satu family utk temankan aku..tp tahun ni terpaksa tggl kan diorg..byk sbb..satu da pernah ke oxford sblm ni..dua sbb aku da ada colleague perempuan yg aku jangka berkongsi bilik dgn aku..tiga tanak zul n anak2 bosan duduk di bilik hotel klu diorg ikut skli sbb seminar tu dr pg smpi ptg..n ptg pun da gelap time tu..

tahun ni aku bw poster utk dibentangkan...tajuk poster "Photocrystallography and Solid State Spectroscopy"..dlm research group aku, 5org yg join...termasuk the boss 6..

group photo excluding the boss...khuong, james, madeeha n tim

aku ke oxford dgn train bersama dgn 4yg lain..ptg lepas sesi pertama conference kami check in di Keble College..da check in br tau rupanya kami menyewa satu bilik sorg..dgn takde internetnyer..madeeha yg diharap jd teman sebilik plak dpt bilik yg agak jauh dr bilik aku..tp nasib jg la aktiviti penuh..mlm pertama kluar mkn di restoran italian..tu pun slps hampir setgh jam berjln mencari restoran yg sesuai..mlm kedua plak ada dinner conference..blik bilik da dkt kul 11 mlm..da smpi bilik tu tdo je la nk hilangkan bosan..

kali pertama tggl kan hadif yg masih menyusu badan..malam je mesti terigt kt dia..boleh ke dia tido mlm ni..sbb mlm dia mmg sll dgn aku je..jarang bg susu botol mlm2..3hari 2 mlm mmg terasa sgt le panjang..dlm hati igt nk balik je..pasni klu kena kuar kawasan lg mmg tak leh tggl kn diorg lg..


Friday 9 January 2009

Tahun Baru..kisah pinggan

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Masihi...

Byk yg dah berlaku sepjg cuti yg agak panjang...2 mggu lamanya..bermula cuti xmas yg tdk membolehkan aku sekeluarga keluar rumah sbb anak2 dijangkiti sejenis virus yg dtg waktu2 winter je..kemudian kami dikunjungi kenalan se ofis di USIM, keluarga Zalisham, Rumaizah n Ahmad Ukyle dr Plymouth..sepjg mereka disini kami sempat ke Bradford utk membeli brg keperluan dapur..apa lg..spesis corelle, arc luminac le yg menjd pilihan..da ke lubuknya..itu la yg dicari..kami ke sana di guide oleh kak zlaa n pak din sefamily dan kak farizah, abg fadhil pun ikut skli..aku berhabis lbh 200 pound utk dptkan satu set hidangan..termasukla corning ware dan set makan utk 8org..bila balik rumah bersembang2 dgn emak di malaysia rupanya emak pun br menambah lg koleksi corelle nya..utk 6org makan emak hya perlu membayar tak smpi 400 ringgit..errmmm..pikir2 balik takde la mahal sgt..tp ok la..klu harap aku nk beli bila balik malaysia nnt tak tau la..
corelle shadow iris...

kebetulan selesai bershopping kami berkenalan dgn satu family indonesia yg kebetulan ada kt kedai yg sama kami berhabis wang pound..family ibu fathonah dan bapak mursyid (klu tak silap nama husbandnyer..lupa la plak)..diorg menawarkan utk menumpang solat di rumah diorg..ape lg..tanpa melepaskan peluang..sbnrnya klu tak jmpa sesiapa kami mmg nk ke masjid...bandar Bradford mmg sgt ramai warga muslim..restoran Halal mmg sgt senang dijumpai..tp bila ada org yg meng offer rumah tu lg bagus..tak perlu la kami mkn bekalan di tgh2 padang dgn suhu serendah 2-3oC masa tu..kami bw bekalan nasi goreng (aku n kak farizah) , nasi minyak dgn lauk kurma kambing n ayam goreng (kak zlaa) n pulut sambal (kak farizah) ke rumah ibu fathonah dan kami mkn beramai2. mmg sgt muhibbah..walau br kenal tp family ni sgt mesra..selesai bersolat dan menjamu selera kami ke kedai pinggan mangkuk lg..agak baru kedai ni..nasib baik da berhabis byk di kedai lama..so nafsu membeli terpaksa di sekat sikit..

selamat wang pound dihabiskan di Bradford utk set corelle..aku merancang utk melabur plak di Stoke-on-Trent..lubuk pinggan mangkuk buatan england..aku menambah lg koleksi pinggan mangkuk portmerion..corak botanic roses melekat kt mata smpi tgk yg lain sume nmpk tak cantik..tp sayang..tak dpt complete set..so terpaksa la nnt klu ada sale lg aku kena pujuk zul lg tuk ke Stoke..nk mencukup kan set..maklum la beli di kilang dan yg mampu dibeli hya yg 2nd grade..klu nk beli yg elok2 1st grade tak termampu..yg down grade ni pun telan liur jg nk membayar nya..bila da beli yg 2nd grade ni kena tggu yg reject2 je la..tu yg leh jd tak sume leh dpt pd masa yg sama...
portmeirion botanic roses - pink roses yg menambat hati ku

kirenyer cuti yg pjg kali ni aku sekeluarga tdk bercuti ke luar Nottingam..duit yg sepatutnya digunakan utk bercuti luar kawasan digunakan utk membeli pinggan..errrmmm...kira ok la kan..hehehe..sj nk menyedapkan hati sndr...

sepjg keluarga ise n umei di sini, kami tak putus menerima jemputan makan di rumah rakan2 Notts..kami ke rumah kak zlaa/pak din, kak izan/iko, kak nizar/sham royal n kak farizah/abg fadhil..dan blh percaya tak..sume jemputan pd hari yg sama..dr pg smpai malam panuh dgn jemputan makan..dan ari terakhir umei ise di sini kami ke rumah kak sue/abg taufik utk mkn tengah ari..Alhamdulillah..