Tuesday 9 April 2013

alkisah boikot



terpanggil utk menulis pasal isu boikot McD...walaupun isu ni dah jd suam2 kuku skrg..hati terasa nak juga bercerita..utk rekod Zafwah dah hampir 5bulan tak jejak kaki ke McD..sblm ni blh dikatakan paling kurang pun sebulan sekali kami anak beranak mkn kt McD..last mkn masa hari nak check in hospital utk deliver Adeel Haqq..kami jd kuat utk tak ke McD sbb anak2 esp Hadif..di tadika Pasti anak2 diterapkan kalau makan kat McD kena bayar guna parang..tak pun kita bayar duit peluru pada Israel utk bunuh budak2 kecik kat Palestine..kadang2 sj sebut nak makan McD..Hadif akan cakap berdosa..nnt ada budak2 kecik mati kena bunuh sbb kita makan McD..sgt bangga ok bila anak faham apa rational nyer makan McD dgn kes pembunuhan di tanah Islam Palestine..aku puas hati hantar anak ke Pasti..bukan je diorg diajar akademik tp benda2 yg kita nampak kecil yg rasanya kalau kita sendiri tak mampu nak ajar pada diorg..

utk bacaan hari tua..hadif skrg dah mula baca Al-Quran..dah start sebulan lepas..skrg masih surah Al-Baqarah..Haziq pulak dah masuk juzuk 15..Haziq belajar kat rumah jek..nak hantar kat ustaz2 kat area umah kami mmg ada..tp kesian plak kat dia..petang balik dari sekolah kul 6..main sekejap kt luar, malam dah kena buat homework plak..so time ngaji kami amik masa lepas solat Maghrib..ajar tajwid yg basic yg kami tau jek la..advance tajwid takut terajar ajaran sesat plak..makhraj2 pun yg mana tau je la..niat hati nak bg dia belajar properly dgn ustaz..harapnya ada peluang tu nnt..

Monday 8 April 2013

virus attack ::HFMD::

baru je niat nak berjimba2 dgn en zul sempena cuti mid sem 1mggu ni..si Hannah plak kena virus HFMD..start naik biji2 hari ahad pagi lg..tapi igtkan ruam biasa...sapukan calamine lotion jek bg dia kurang menggaru..pagi tadi smpai kat umah pengasuh dia belek2..katanya elok bw gi klinik dl..takut kan demam campak..sian plak kat budak2 lain takut terjangkit..bila check doctor br tau sbnrnya hand, foot and mouth disease..takde ubat..dapat ubat tahan sakit jek..ni terpaksa la kuarantin duduk kat umah jek..nasib baik gak la kena time zul cuti sem..aku pun sbb malas nak patah balik ke nilai amik cuti gak arini..tp tak de maknala nak lepak2..terpaksa siapkan 2set kertas soalan final exam..rabu ni dah start vetting..

simptom2 virus HFMD pada Hannah..air liur meleleh2..sbb dlm mulut dia tak selesa ada 2-3 biji2 air..selera makan kurang..biji2 air penuh bhgn belakang badan esp leher, peha, bontot, sikit di kaki dan tangan..jalan pun mengengkang..tp aktif macam biasa..apa yg org makan semua nya dia cakap nak tapi tak dimakan pun..dilantaikan jek...huhuhu..

yang risau kalau berjangkit ke Adeel Haqq..baru nak masuk 5bln kena penyakit ni risau gak..doakan Hannah cpt baik dan tak merebak virus ni pada yg lain2..

Wednesday 3 April 2013

kembali lagi ::breast pump::

akhirnya sampai juga akhir hayat breast pump medela mini elektrik yg dah berkhidmat dgn aku sejak anak kedua (Hadif) lg..



mula2 tukar connector di bhgn adapter...dua tiga kali tukar smpi la mlm kelmarin arwah juga mesin tu..bermula la episod mencari breast pump baru yg elektrik..satu hari satu malam gak sementara nak beli yang baru tu aku guna kan avent manual..



hasil boleh tahan byk tp agak2 kalau guna seminggu naik la muscle kt lengan aku..lenguhhhhhh...

dalam hati (ikutkan nafsu) nak la beli medela gak..tak dapat yg freestyle yg harganya ribu riban



dapat yang swing pun jadilah..



tp faktor harga (cecah RM800) gak..terpaksa la aku cari brand lain...medela2 ni tolak tepi la..nak invest memahal pun tak tau pas ni aku beranak lg ke tak..ikut hati wat masa ni mcm dah cukup la 4org ni..kiranya beli pump ni utk Adeel Haqq jek..so semalaman la aku buat review..akhirnya terjatuh hati dgn spectra dew 350 ni



en zul survey offline kat kedai2 baby yg bersepah2 kat bangi..aku plak survey online memandangkan kt Nilai ni aku gi kedai baby yg ada 3ketul jek semuanya tak de jual brand ni...lastnya jumpa online harga lbh murah..nak order online aku dah tak boleh tunggu..so gi la ke outlet di Cheras..berkejar time office hour..en zul pun ponteng kelas semata2 breast pump ni..dapat je kat office gak aku sterilize pakai terus..hahahaha...gelojoh kan..tau nape aku beriya2 sgt nak guna elektrik ni..aku hantar anak ke pengasuh umah orang..satu hari aku kena supply 30 oz susu...kadang2 berbaki 3oz..kadang2 habis semuanya..bayangkan aku nak kena buat stock sebanyak tu..kalau pakai manual mmg tak tidur malam la aku bersengkang mata pump 24jam sehari..


ok sekian dl entry terdesak utk kali ni...