Wednesday 28 March 2012

diary march 2012

mula dgn lafaz bismillah..nak update cerita2 terkini zafwah memandangkan dah lama sgt tak menulis di sini..tak rajin sbnrnya nak menulis tp fikir2 kan kalau tak dicoretkan nanti banyak perkara2 penting lupa mcmtu jek..

ok 1st pasal rumah..start 23/3/2012 kami sekeluarga dah tidur di Taman Dahlia. brg2 yang boleh diangkut dgn stream mostly dah ada kt sana. tp brg2 besar masih di Taman Desa Kasia lg.plan weekend ni nak angkat barang n clearkan semua since member yg baru balik dr UK n akan sewa rumah tu pun dah nak masuk. lori dah booked. InsyaAllah weekend ni akan jd weekend yg sgt penat. rumah baru ni pun belum habis kemas lg..lantai pun masih berhabuk2. cuma dapur, tangga dan bilik2 di tingkat atas je yg tak perlu berselipar. dua ruang hall di bawah masih berselipar. nak basuh pun nak tggu tiles kt luar siap sepenuhnya baru boleh. sbb terjadi sblm ni basuh dapur bersungguh2 tp habuk potong2 tiles tu n kayu2 mengotorkan balik..terpaksa basuh sekali lg. Tiles luar tu siap arini, so esok boleh cuci ruang depan dan tengah. then baru boleh buka selipar..leceh dgn renovation ni sbb habuk halus sgt susah nak hilang. kena cuci 2-3kali baru betul2 bersih. sllnya habuk lekat di celah2 tiles.

Hannah plak skrg ni suka explore. merangkak semua ruang. mmg dia blh dikira cleaner jg utk rumah tu. mop lantai dgn baju dan air liur dia..huhuhu..dia skrg ni dah makan mcm2..time aku keje pun susu satu botol je dia minum. tu pun dlm 4ounce je. balik kul 6 tu baru dia pulun betul2 direct feed. sejak mak ada sini mggu lepas, mak ajarkan tidur buai sbb mak tak larat nak tidurkan dia yang nak tidur bukan main susah tp bangun senang je. kadang tu tidur tak sampi 30minit dah terbangun ngamuk2 sbb tak ckp tidur. bila mak buaikan baru la dia tidur lama dan bangun pun takde dah ngamuk2. so skrg ni En Zul meneruskan jek la cara tu. tidurkan dalam buai. baru la boleh buat byk benda. tak kisah la kan janji tak penat menjaga.

bermula minggu ni juga aku masuk kerja mcm org kerja ofis. sblm kul 8 dah ada di bilik, balik pulak lepas kul 530. sbb masih hantar hadif di tadika pasti di taman rumah sewa.. kena ikut time dia masuk. minggu lepas mak ada kat sini. Hadif pun tak perlu stay kt tadika sampai petang. kul 1230 dah balik sbb kt rumah ada maktok nye. tp mggu ni maktok dah balik. terpaksa dia stay smpi petang. Isnin selasa baru ni dia mengamuk nak balik awal..cuma pagi tadi je yang OK sbb dah pujuk kalau nangis takde lolipop. baru la senang dia keluar dari kereta, masuk pintu sekolah..huhu..mmg seksa sket hadif. tp bila balik dr sekolah byk plak ceritanya. yg tak tahan tu mggu lepas lg dia dah pesan kt cikgu yg dia akan balik petang Isnin nanti. kawan2 dia semua tau.tp Isnin tu jg la dia mengamuk. siap ada kawan yg ingatkan dia "kan Hadif cakap mggu lepas, mggu ni hadif balik petang"..lawak pun iye...

haziq plak baru2 ni dpt result exam sekolah petang (KAFA). Alhmamdulillah result OK, 3subjects score full mark, lg 3 subjects tak dpt full mark tp >90%. dpt no 1 dlm kelas..balik2 je aritu dia cakap "takde sape dlm kelas boleh bid haziq"..nampak dia mmg sgt confident dgn sebject2 agama ni..sekolah pagi tak tau plak mcmne. smpi skrg ni pun tak tau mcmne pencapaian dia..

ok cukup dl update ZAFWAH buat masa ni. petang ni sblm balik nak kena singgah 7eleven utk beli benda ni..dah janji dgn si Hadif. kang tak pasal2 mengamuk lg. siap pesan flavor kena strawberry..ape2 je la asalkan tak melalak kt sekolah..

Friday 9 March 2012

Hannah: 6bulan

update si kecik Hannah: Umur dah 6bulan setengah..hujung2 nak masuk 6bulan aritu kena cirit birit smi dekat 2minggu..jmpa doktor ckp xde apa2..diaper dlm tempoh 2mggu tu abis satu pack 84 keping..berat pun berkurang drpd 6.9kg masa 5bulan jadi 6.5kg masa 6bulan..bontot pun masa tu pecah2..sgt kesian..

Alhamdulillah skrg dah baik..buang air pun dah normal..masuk je umur 6bulan ritu terus start bg solid food..sgt berselera makan tambah2 kalau blend skli nasi dgn ayam..sayur pun plng suka kalau letak carrot..manis agaknye..

skrg ni dah laju menyulur..kalau letak kt tengah2 hall tinggal jap mesti melalak2 smbil merangkak cari kita..pantang kena tinggal..bkn nak kita pegang dia pun..just nak kita ada depan mata dia je..dia main la apa2 yg ada kt tangan..tak jd keje..budak kecik ni jugak takut kucing..ada kucing dgn 3ekor baby park kat car porch..ntah mana dtg..kitorg bg makan minum sbb kesian ibunya masih menyusu kan baby2..sekali ritu pengang hannah smbl tgn sebelah lg bg kucing tu makan..bila bulu kucing tu terkena kaki dak Hannah bkn main menjerit dia kegelian ke ketakutan pun tak tau..start dari tu suka menyakat dia..hihihi dengki kat anak sendiri..

ok la..nak buat lecture note kelas mggu dpn..emmm bkn buat from scratch..just nk improve..tu yg ada masa kt sini tu.ooo..lg satu...insyaallah mggu dpn akan fully pindah brg2 ke umh taman dahlia..so skrg ni sgt la kena rajin pack brg2..huhuhu..ade ke org yg boleh tolong..