Tuesday 12 August 2008

doa utk sahabat

petikan email yg diterima dr Izzi jam 12 mlm 10August 2008 di NMC group:
Assalamualaikum Wr. Wb,
Untuk pengetahuan warga NMC, Pn. Noralifah, isteri kepada Wan Faizal (Weng) sekarang berada di city hospital kerana sakit leukimia. Oleh kerana beliau harus menjalani rawatan kemoterapi, atas dasar keselamatan ibu dan bayi, maka kandungan beliau terpaksa ditamatkan. Dan beliau akan menjalani rawatan kemoterapi ini lebih kurang selama sebulan.
Saya mewakili keluarga beliau mohon agar warga NMC dapat mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan Pn. Noralifah. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menerima ujian-Nya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dan adalah disarankan agar warga NMC memberi ruang kepada keluarga ini buat sementara sebagai waktu bertenang, terutamnya kepada saudara Wan Faizal. Oleh kerana keadaan masih belum mengizinkan, buat masa ini Pn. Noralifah belum bersedia untuk menerima kunjungan. Insya-Allah saya akan memaklumkan perkembangan beliau dari semasa ke semasa.
"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan."(Al-Mukmin: 60).
"(yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku, dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat."(QS. Asy Syuaraa, 6: 78-82).


email susulan dr Kak Yasmin tghari 11/08/2008:
Salam para sahabat sekalian,Teruskanlah berdoa, solat hajat dari jauh. Nora masih memerlukan ruang untuk menerima hakikat yang perlu dihadapi. Nora kuat, semakin tabah menghadapi ujian ini. Kandungan Nora yang berusia dalam lebih kurang 3 bulan telah pun digugurkan atas nasihat doktor. Nora masih bersedih namun semakin kuat menerima hakikat bayi telah tiada. Sehingga pagi tadi beliau masih belum memulakan rawatan kemoterapi; beliau masih menunggu untuk di'scanning' selepas melalui rawatan pengguguran, antara lain juga Nora berhajat untuk menngeluarkan IUD yang masih ada di dalam rahimnya.Nora sendiri belum pasti bagaimana cara rawatan kemoterapi yang akan dihadapi, namun Doktor telah pon masukkan melalui IV dua perkara; 'something' untuk bunuh sel darah putih yang berlebihan dan juga untuk tambah sel darah merahnya bermula semalam. Nora juga telah mula makan ubat pil - tidak pasti untuk apa. (maaflah mungkin ada antara sahabat yang mahir istilah medical boleh terangkan dengan lebih baik)Tujuan Min bercerita di dalam ruangan Helwa ini adalah untuk sama-sama berkongsi perkembangan Nora. Bila kita mendapat khabar berita semalam pasti kita tertanya-tanya dan kalau boleh ingin benar melawat untuk mendengar/melihat sendiri Nora. Oleh itu, sekurang-kurangnya dengan cerita yang tak seberapa dari Min ini dapatlah kita berkongsi kesusahan Nora dari jauh dan sama-sama menghulurkan doa. Kita perlu menghormati kehendak Nora yang perlukan ruang untuk digest apa yang telah berlaku. Beliau baru mengetahui tentang leukemia ini pagi Jumaat lepas(8 Aug) selepas midwife mengambil ujian darah pada hari Khamis (7 Aug). Ujian darah dari bone marrow telah dilakukan sekali lagi pada hari Jumaat berkenaan dan bermulalah episod baru dalam diari hidup Nora. Pesan Nora, maafkan lah salah dan silap dia, doakan lah dia dari jauh, dan tok sah berasa susah hati tak dapat jengok dia di hospital, Nora kata dia malu nak berjumpa para sahabat dalam keadaan diri dia sekarang.OK, untuk tolong kawan yang dalam kesusahan, kita juga kena kuat! sentiasa doakan dari jauh. mudah2an sel-sel darah Nora dapat menerima rawatan ini dengan baik dan rawatan selama sebulan nanti akan membuahkan hasil yang positif! Bak kata Izan semasa Daniyal di hospital "teruskan berdoa!"

Ya Allah sungguh besar ujian yg diterima kak Nora dan keluarga.. Tak tergambar bagaimana perasaan aku ketika mendpt berita ini..ini merupakan rakan kedua yg meneriam nasib yg sama..seorg dl masa aku menuntut di matriks PTPL...tp Allah lebih menyayangi arwan sahabat aku tu..kali ni aku benar2 berdoa tanpa putus2 utk kak Nora semoga dia berjaya melawan kanser ini dan semoga Allah memudahkan segala urusan rawatan utk kak Nora...scr peribadi aku agak rapat dgn kak Nora...pd aku dia seorg yg sgt merendah diri..semasa beliau menceritakan betapa teruk kandungan nya kali ini berbanding yg lepas2...dia sering menyebut kemungkinan loya2..morning sickness yg teruk utk kandungan kali ini disbbkn dia sering memasak...berbanding dhl yg mana dia sering membeli makanan di luar atau menjamu selera di rumah ibunya shj sepjg tempoh kandungan..rupanya bkn itu punca sebenar yg menyebabkan beliau merasakan sering loya2..ada hikmah disebalik kandungan kali ini..hikmah yg sgt besar..Allah memberikan petunjuk bhw beliau mengidap leukemia..walaupun bayi terpaksa digugurkan itu adalah lebih baik dr kak Nora tidak mengadung dan tdk menjlni ujian darah rutin utk ibu2 mengadung..Ya Allah syukur snggh atas suma yg kau aturkan..sumanya yg terbaik utk hamba2 mu ini..aku tak kan putus mendoakan semoga kakNora kembali sembuh dan keluarganya sentiasa tabah..

No comments: